Qunut shubuh disunnahkan secara terus-menerus, ini adalah pendapat Malik, Ibnu Abi Laila, Al-Hasan bin Sholih dan Imam Syafi’iy.
Pendapat kedua :
Qunut shubuh tidak disyariatkan karena qunut itu sudah mansukh (terhapus hukumnya). Ini pendapat Abu Hanifah, Sufyan Ats-Tsaury dan lain-lainnya dari ulama Kufah.
Pendapat ketiga :
Qunut pada sholat shubuh tidaklah disyariatkan kecuali pada qunut nazilah maka boleh dilakukan pada sholat shubuh dan pada sholat-sholat lainnya. Ini adalah pendapat Imam Ahmad, Al-Laits bin Sa’d, Yahya bin Yahya Al-Laitsy dan ahli fiqh dari para ulama ahlul hadits.
Huraian Pendapat pertama:
Di dalam madzab Syafii sudah disepakati bahwa membaca doa qunut dalam shalat subuh pada I’tidal rakaat kedua adalah sunat Ab’ad. Sunnah Ab’ad artinya diberi pahala bagi yang mengerjakannya dan bagi yang lupa mengerjakannya disunnahkan mengantikannya dengan sujud syahwi.
Tersebut dalam Al Majmu’ Syarah Muhazzab jilid III/504 sebagai berikut :
“Dalam madzab Syafei disunnatkan qunut pada waktu shalat subuh baik ketika turun bencana atau tidak. Dengan hukum inilah berpegang majoriti ulama salaf dan orang-orang yang sesudah mereka. Dan diantara yang berpendapat demikian adalah Abu Bakar as-shidiq, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Ibnu Abbas, Barra’ bin Azib – semoga Allah meridhoi mereka semua. Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dengan sanad yang shahih. Banyak pula orang tabi’in dan yang sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah madzabnya Ibnu Abi Laila, Hasan bin Shalih, Malik dan Daud.”
Dalam kitab al-Umm jilid I/205 disebutkan bahwa Imam Syafei berkata :
“Tidak ada qunut pada shalat lima waktu selain shalat subuh. Kecuali jika terjadi bencana, maka boleh qunut pada semua shalat jika imam menyukai”.
Imam Jalaluddin al-Mahalli berkata dalam kitab Al-Mahalli jilid I/157 :
“Disunnahkan qunut pada I’tidal rekaat kedua dari shalat subuh dan dia adalah “Allahummahdinii fiman hadait….hingga akhirnya”.
Demikian hukum tentang qunut subuh dalam madzab syafii.
Dalil-Dalil Sunat membaca qunut subuh
Berikut ini dikemukakan dalil-dalil tentang hokum sunat qunut subuh yang diantaranya adalah sebagai berikut :
Hadits dari Anas ra.:
“Bahwa Nabi saw. pernah qunut selama satu bulan sambil mendoakan kecelakaan atas mereka kemudian Nabi meninggalkannya.Adapun pada shalat subuh, maka Nabi melakukan qunut hingga bainda wafat”
Hadits ini diriwayatkan oleh sekelompok huffadz dan mereka juga ikut menshahihkannya. Diantara ulama yang mengakui keshahihan hadis ini adalah Hafidz Abu Abdillah Muhammad ali al-Balkhi dan Al-Hakim Abu Abdillah pada beberapa tempat di kitabnya serta Imam Baihaqi. Hadits ini juga turut di riwayatkan oleh Darulquthni dari beberapa jalan dengan sanad-sanad yang shahih.
Sementara dalam sebuah hadis,
حدثنا عمرو بن علي الباهلي ، قال : حدثنا خالد بن يزيد ، قال : حدثنا أبو جعفر الرازي ، عن الربيع ، قال : سئل أنس عن قنوت النبي صلى الله عليه وسلم : « أنه قنت شهرا » ، فقال : ما زال النبي صلى الله عليه وسلم يقنت حتى مات قالوا : فالقنوت في صلاة الصبح لم يزل من عمل النبي صلى الله عليه وسلم حتى فارق الدنيا ، قالوا : والذي روي عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قنت شهرا ثم تركه ، إنما كان قنوته على من روي عنه أنه دعا عليه من قتلة أصحاب بئر معونة ، من رعل وذكوان وعصية وأشباههم ، فإنه قنت يدعو عليهم في كل صلاة ، ثم ترك القنوت عليهم ، فأما في الفجر ، فإنه لم يتركه حتى فارق الدنيا ، كما روى أنس بن مالك عنه صلى الله عليه وسلم في ذلك وقال آخرون : لا قنوت في شيء من الصلوات المكتوبات ، وإنما القنوت في الوتر
MaksudnyaDikatakan oleh Umar bin Ali Al Bahiliy, dikatakan oleh Khalid bin Yazid, dikatakan Jaafar Arraziy, dari Arrabi’ berkata : Anas ra ditanya tentang Qunut Nabi saw bahwa apakah betul beliau saw berqunut sebulan, maka berkata Anas ra : beliau saw selalu terus berqunut hingga wafat, lalu mereka mengatakan maka Qunut Nabi saw pada shalat subuh selalu berkesinambungan hingga beliau saw wafat, dan mereka yg meriwayatkan bahwa Qunut Nabi saw hanya sebulan kemudian berhenti maka yg dimaksud adalah Qunut setiap shalat untuk mendoakan kehancuran atas musuh musuh, lalu (setelah sebulan) beliau saw berhenti, namun Qunut di shalat subuh terus berjalan hingga beliau saw wafat.
(Sunan Imam Baihaqi Alkubra Juz 2 hal 211 Bab Raf’ul yadayn filqunut, Sunan Imam Baihaqi ALkubra Juz 3 hal 41)
Hadits dari Barra’ Ra. :
“Bahwa Rasulullah Saw. melakukan qunut pada shalat subuh dan maghrib”. (HR. Muslim).
Demikianlah perbahasan tentang hokum qunut dalam solat subuh.
Kesimpulannya , qunut tidaklah wajib,bahkan hukumnya sunnat ab’adh.Ada pendapat Imam-imam lain selain dari Imam Syafie yang mengatakan hukumnya tidak sunat berdasarkan dalil2 yang kuat juga. Jadi kita janganlah terlalu taasub kepada satu pandangan mazhab sahaja. Bahkan kita dididik oleh para ulama’dahulu supaya berlapang dada dengan pendapat imam lain yang mu’tabar, dan kita menghormati pegangan yang berbeza dengan kita. Itulah yang terbaik untuk kesatuan ummah dan masyarakat kita. Janganlah kerana seseorang tidak membaca qunut kita terus menghukumnya tidak benar,memarahinya atau mengutuknya padahal hokum qunut adalah sunat sedangkan menjaga hubungan persaudaraan dengannya adalah wajib.
Moga kita mendapat petunjuk darinya.
Saya tidak mengemukakan dalil2 mazhab yang lain di sini untuk meringkaskan perbincangan. Jika saudara berhajatkan dalil2 tersebut boleh didapati di dalam kitab2 mazhab yang berkaitan.
Wallahu A’lam.
*Ust.Shahidah Sheikh Ahmad