seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan
al-Qur’an sama ada di dalam solat ataupun di luar solat.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)
Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)
Hukum sujud sajadah adalah sunat mu’akad, atau sunat yang amat digalakkan.
Dari Umar
r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di
atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan
sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat
berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat
sajdah dia berkata: “Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan
(diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah
melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia
tidak mendapat dosa.” (HR Bukhari)
Ayat-ayat sujud sajadah ialah:
1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-’Alaq) Ayat 19
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-’Alaq) Ayat 19
Note: Perlu
dinyatakan bahwa bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 menurut Syafi’iyah dan
Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk
sujud syukur (keterangan sujud syukur akan menyusul selanjutnya).
Bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 pula menurut madzhab Syafi’iyah dan
Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah.
Untuk
mengenali ayat-ayat sajadah itu di dalam al-Qur’an, kebiasaannya pada
ayat-ayat itu ada ditandakan garis atau simbol dengan tertulis
perkataan sajadah.
Bacaan doa yang sunat dibaca ketika sujud ialah:
سجد وجهي للذي خلقه وشق سمعه وبصره بحوله وقوته
فتبارك الله أحسن الخالقين
“sajada wajhiya lillazii kholaqohuu wa syaqqa sam’ahuu wa
basorahuu bihaulihii wa quwwatihii fatabaarokallahu ahsanul kholiqiin”
Artinya : “Aku
bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan
menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan
kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta.”
Rukun sujud sajadah di luar solat ialah:
1. Niat
2. Takbiratul-ihram
3. Sujud
4. Salam.
1. Niat
2. Takbiratul-ihram
3. Sujud
4. Salam.
Sedang di dalam sholat cukup mengikuti imam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar